ABM : Pemegang Kad Diminta Memantau Penyata Bank Dan Notifikasi Transaksi Dari Bank
Aman
Lanjutan daripada pengodaman yang berlaku ke atas perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88, kini Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) telah mengeluarkan kenyataan lanjut berkaitan dengannya.
ABM mengatakan mereka mengambil serius terhadap keselamatan data bagi para pemegang kad-kad bank seluruh Malaysia.
Bank dikatakan telah mengambil langkah awal dalam melindungi para pemegang kad daripada sebarang insiden yang mungkin berlaku disebabkan oleh pengodaman iPay88 ini. Ini termasuk dalam pemantauan transaksi palsu atau menipu dalam bentuk masa-nyata, selain kaedah penggunaan kad yang berbeza berbanding kebiasaan.
Bank juga akan hubungi pemegang kad sekiranya terdapat sebarang transaksi luar-biasa berbanding selalu dalam mengesahkan pembayaran berkenaan.
Pada masa yang sama, ABM turut meminta pemegang kad untuk memantau penyata bank serta notifikasi transaksi dari bank untuk sebarang transaksi melalui kad mereka, dan hubungi pihak bank sekiranya terdapat sebarang transaksi yang bukan dilakukan mereka.
Untuk makluman, iPay88 merupakan salah satu penyedia gerbang pembayaran utama di Malaysia, digunakan syarikat seperti Shopee, KK Mart, AEON dan sebagainya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.