Carian
TiVo Stream OS Akan Dilancarkan Pada Tahun 2023 Sebagai Pesaing Google TV
August 12, 2022 Fahim Zahar

TiVo adalah syarikat yang hadir dengan produk untuk televisyen seperti dekoder perakam TV, dongel Android TV dan mempunyai sistem tersendiri sebagai hab hiburan yang mengumpulkan banyak platform penstriman video dalam satu tempat.

Tahun lepas mereka menyatakan akan berhenti hadir dengan dongel Android TV kerana sukar bersaing dengan produk seperti Chromecast with Google TV. Sistem Google TV yang menawarkan penggunaan seperti hab hiburan TiVo turut menjadi sebab mereka tidak ingin terlibat dengan pembangunan produk Android TV lagi.

Kini, mereka dilaporkan akan hadir dengan sistem operasi televisyen baharu TV Stream OS. Mereka juga akan bekerjasama dengan pengeluar televisyen untuk menggunakan sistem operasi ini. TV Stream OS dikatakan akan diperkenalkan pada tahun 2023 nanti pada televisyen yang tidak diberitahu jenama apa.

Tetapi menurut 9to5Google, TiVo turut memberitahu akan hadir dengan beberapa produk berasaskan Android lain. Cuma tidak pasti jika perancangan TiVo Stream OS ini akan mengubah strategi mereka.

Komen