Huawei MatePad Pro 11 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999

Diterbitkan pada Ogos 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei MatePad Pro 11 akhirnya ditawarkan untuk pasaran tempatan. Ia hadir dalam dua model berbeza yang merangkumi variasi LTE dengan cip Snapdragon 888, sementara itu variasi WiFi pula dilengkapi Snapdragon 870. Di Malaysia, MatePad Pro 11″ (WiFi) dijual pada RM2,999 (8GB/128GB) dan MatePad 11″ (LTE) pula berharga RM3,699 (8GB/256GB).

Hadiah bernilai sehingga RM1,400 yang berupa Huawei M-Pencil, Huawei Smart Magic Keyboard dan servis HMS turut disertakan untuk masa terhad. Bagi yang berminat, ketersediaan bermula 19 Ogos namun sesi pratempah sudah boleh dibuat menerusi pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

Huawei MatePad Pro 11″ dilengkapi skrin 11-inci OLED WQXGA dengan kadar segar semula 120Hz. Dua pilihan cip iaitu Snapdragon 870 dan Snapdragon 888 digunakan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 8,300mAh dengan pengecasan pantas 66W untuk model LTE, manakala pengecasan pantas 44W pula disokong pada variasi Wi-Fi.

Kamera utama adalah 13-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) dan kamera hadapan 16-Megapixel. Kemudian, enam pembesar suara dengan sistem audio Huawei Sound dan empat mikrofon terbina untuk pengalaman audio lebih baik.

komen


© Amanz / 2022 Kami