Perdana Menteri Ismail Sabri, kini berkongsi mengatakan beliau telah mengarahkan MARA untuk meneruskan projek MARA Digital dalam membuka peluang kepada anak muda Bumiputera untuk terlibat sebagai usahawan IT. Seperti ramai sedia maklum, IT dan teknologi merupakan trend masa kini, dan masa depan.
MARA Digital telah dibuka sejak 2015 yang lepas, iaitu disediakan sebagai pusat membeli barangan IT di Kuala Lumpur. Sejak daripada itu, ia telah diperluaskan secara berperingkat ke pelbagai negeri.


PM mengatakan MARA Digital kini tersedia di Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan beberapa lokasi lain. Menariknya, ia juga akan diperluaskan ke beberapa tempat baharu, termasuk seperti di Larkin Johor, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan juga Kota Kinabalu.
Ia juga dikongsikan yang mana perniagaan dan jualan semakin meningkat, dan peniaga memerlukan sokongan MARA untuk promosi, bantuan pinjaman, selain pengurangan kadar sewa.