Carian
OnePlus 10T Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3199
August 18, 2022 Fahim Zahar

OnePlus 10T sudah pun dilancarkan pada 3 Ogos lalu. Ia adalah peranti mercu kedua OnePlus untuk tahun ini dan hadir dengan cip pemprosesan yang lebih pantas. Peranti ini dijana degan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Walaupun menggunakan cip yang lebih berkuasa, peranti bukan satu penganti kepada OnePlus 10 Pro. Sebaliknya adalah seperti siri T sebelum ini, menawarkan prestasi yang lebih baik pada harga yang lebih mampu. OnePlus 10 Pro masih mempunyai skrin yang lebih cantik, kamera yang lebih hebat dengan Hasselblad, tetapi tidak ditawarkan pada OnePlus 10T.

OnePlus 10T walau bagaimanapun menyokong pengecasan paling pantas untuk peranti mereka dan antara yang terpantas di Malaysia. Pengecas yang disediakan dalam kotak adalah 160W SuperVOOC dan peranti boleh dicas pada kuasa 150W, iaitu 1%-100% dalam masa sekitar 15-17 minit sahaja.

Perant ini juga menjalankan Oxygen OS 12.1 berasaskan Android 12 dan akan menjadi perati kedua OnePlus menerima kemaskini Oxygen OS 13 berasaskan Android 13 selepas OnePlus 10 Pro. Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, OnePlus Malaysia sudah membuka pra-tempahan bermula hari ini sehingga 31 Ogos.

Harga yang mereka tawarkan adalah RM3,199 dan di Malaysia hanya warna Jade Green dengan memori 16/256 GB sahaja akan ditawarkan. Pembeli terawal dalam tempoh pra-tempahan akan menerima kotak misteri mengandungi baucar OnePlus, barangan OnePlus atau juga OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. Jaminan 1 tahun tambahan, 1 tahun jaminan skrin dan jaminan tambahan untuk kerosakan peranti.

Komen