Carian
CIMB Menyasarkan Pengenalan Sokongan Apple Pay Sekitar Pertengahan Kedua 2023
August 18, 2022 Aman

Pihak CIMB hari ini memperkenalkan aplikasi perbankan generasi baharu mereka, CIMB Octo. Menariknya, bersama-sama dengan pengenalan aplikasi tersebut, pihak CIMB turut berkongsi secara ringkas berkenaan Apple Pay.

Apple telah memperkenalkan Apple Pay di Malaysia baru-baru ini, tetapi pihak CIMB tiada dalam pengenalan awal. Hanya Maybank, Ambank dan Standard Chartered sahaja yang disokong melalui Apple Pay setakat ini.

Menyentuh mengenainya, CIMB mengatakan mereka menyasarkan pengenalan sokongan Apple Pay sekitar pertengahan kedua 2023 kelak. Proses ke arah sokongan tersebut sedang dalam perjalanan, dan CIMB akan berkongsi lanjut berkenaan dengannya apabila ia tersedia kelak. Buat masa ini, pihak CIMB mengatakan mereka ingin lebih memfokuskan kepada aplikasi OCTO yang baharu ini.

Komen