Carian
Snap Menghentikan Pembangunan Dron Pixy Empat Bulan Selepas Dilancarkan
August 19, 2022 Effi Saharudin

Snap melancarkan dron kamera Pixy pada awal April lalu dengan ia boleh dikawal menggunakan gestur serta berkongsi rakaman terus ke aplikasi Snapchat. Tetapi menurut laporan Wall Street Journal pagi ini, Snap telahpun menghentikan pembangunan Pixy.

Keputusan menghentikan pembangunan Pixy diumumkan oleh Evan Spiegel kepada kakitangan bagi memberikan mengatur semula sumber syarikat. Pixy masih lagi boleh dibeli menerusi laman Snap di Amerika Syarikat dan Perancis tetapi besar kemungkinan tiada stok baharu akan ditambah selepas habis dijual.

Komen