Bekas Pekerja Apple Mengaku Bersalah Mencuri Maklumat Rahsia Kereta Elektrik Apple
Fahim Zahar
Seperti yang semua sedia maklum, Apple sedang membangunkan kereta swapandu mereka yang tersendiri. Projek ini dinamakan sebagai Project Titan dan telah bermula sejak tahun 2015. Baru-baru ini Apple sudah semakin serius dalam meneruskan projek ini dengan melantik bekas ketua eksekutif Lamborghini untuk mengepalai projek mereka.

Xiaolang Zhang iaitu pembangun perisian dan perkakasan untuk kereta swapandu Apple yang dilantik pada tahun 2015, telah pun keluar dan menyertai XMotors. Pada tahun 2018, bekas pekerja Apple ini didakwa telah mencuri maklumat rahsia mengenai projek kereta Apple dan cuba melarikan diri keluar negara. Semasa bekerja dengan Apple, beliau terlibat dengan merekabentuk dan menguji papan litar untuk menganalisa data-data daripada sensor.
Terkini, laporan oleh CNBC menyatakan Xiaolang Zhang telah mengaku bersalah. beliau mungkin akan dipenjarakan sehingga 10 tahun atas kesalahan ini.