Cari @ Amanz

Instagram kerap hadir dengan banyak ciri dan fungsi baharu untuk aplikasi mereka bagi menarik perhatian ramai. Baru-baru ini adalah pelekat Add Yours yang boleh digunakan pada Reels dan akan datang menyokong perkongsian gambar 9:16.

Instagram turut banyak menyalin ciri dan fungsi daripada pesaing seperti Stories yang diambil daripada Snapchat dan Reels daripada TikTok. Terkini, Instagram dilihat sedang menguji ciri IG Candid Challenge. Di mana pengguna akan menerima notifikasi secara rawak setiap masa pada setiap hari dan mempunyai cabaran untuk kongsi gambar dalam masa 2 minit.

Ciri ini masih dalam ujian secara dalaman dan tidak ditawarkan kepada umum, seperti ujian A/B yang biasa mereka jalankan. Turut tidak pasti jika ciri ini akan diperkenalkan secara rasmi.

IG Candid Challenge ini dilihat adalah satu ciri mirip aplikasi BeReal yang sedang popular. Ia adalah platform media sosial baharu untuk perkongsian gambar rawak pada masa berbeza setiap hari.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd