Carian
Baidu Memperlihatkan Komputer Kuantum Qian Shi
August 25, 2022 Effi Saharudin

Selepas Google memperlihatkan komputer kuantum Sycamore pada tahun 2019, kini tiba giliran Baidu pula memperlihat komputer kuantum merekan Qian Shi hari ini. Qia Shi ialah sebuah komputer yang dilengkapi cip pemproses 10 Quantum Bit (Qubit) dengan perisian yang dibangunkan sendiri oleh Baidu.

Kelak ia akan digunakan untuk melakukan perkiraan rumit mencari bahan baharu untuk bateri lithium dan juga melakukan perkiraan struktur protein kompleks bagi tujuan sains. Baidu turut mengumumkan mereka sedang membangunkan sebuah lagi komputer kuantum dengan cip 36 Qubit pula.

Kemampuan Qian Shi masih di belakang Sycamore yang dilengkapi cip 56 Qubit. Menerusi komputer kuantum, masalah kira-kira yang sebelum ini mengambil masa 10,000 tahun menggunakan komputer tradisional boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja.

Komen