Carian
Twitter Kini Menyertakan Kandungan Podsiar Dalam Spaces
August 26, 2022 Fahim Zahar

Twitter kini semakin serius dengan perkhidmatan bilik sembang audio mereka, iaitu Spaces. Beberapa minggu lalu, mereka telah memperkenalkan antaramuka baharu dengan paparan mengikut topik. Pengguna boleh mencari topik kegemaran dan dengar secara siaran langsung atau yang telah dirakamkan.

Kini, Twitter menjadikan Spaces tempat untuk pengguna mendengar kandungan podsiar pula. Twitter akan memgemaskini lagi ruang Spaces dengan mengumpulkan kandungan audio mengikut kategori seperti berita, muzik, sukan dan lain-lain lagi.

Kemudian kandungan podsiar yang akan dipaparkan juga adalah berdasarkan minat pengguna. Misalnya jika anda kerap mengikuti apa yang Amanz ciap, kerap menyertai Spaces kami, anda akan melihat kandungan podsiar daripada kami atau topik berkaitan.

Setiap podsiar turut akan ada ikon suka dan tidak suka untuk memudahkan lagi Twitter memberi cadangan kepada pengguna. Podsiar pada Twitter buat masa ini ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna Android dan iOS yang berbahasa Inggeris.

Komen