Sejak Twitter Spaces diperkenalkan, ia berjaya menarik pengguna dari Clubhouse untuk menggunakan platform bilik perbualan atas talian mereka. Dengan penekanan ke atas ciri Spaces semakin berkembang sejak butang khas diletakkan pada menu bawah aplikasi, Twitter kini akan mengubahnya lagi bagi menambah ciri baharu.
Menurut laporan Techcrunch, Spaces akan dikemaskini dengan ciri memaparkan bilik perbualan ke dalam topik tertentu. Pengguna Twitter boleh mencari ruang Spaces yang membincangkan topik tertentu dengan lebih mudah sama seperti yang mereka telah lakukan menerusi ciri Communities.
Topik dalam Spaces juga akan hadir dengan gambar seakan yang digunakan pada aplikasi podsiar. Pihak Twitter mengesahkan ciri-ciri ini memang akan dilancarkan cuma rekaan akhir tidak sudah banyak berubah berbanding imej-imej di atas. Bilakah ia akan dilancarkan juga masih dirahsiakan pada waktu ini.