Meta Quest Pro Akan Dilancarkan Pada Oktober Ini
Effi Saharudin
Project Cambria ialah set kepala realiti maya terkini Meta yang diperlihatkan tahun lalu. Ia adalah berbeza dengan set AR lain keluaran Meta sebelum ini kerana akan mempunyai kemampuan grafik lebih tinggi. Dalam sesi podsiar bersama Joe Rogan semalam, Mark Zuckerberg mengesahkan Project Cambria yang akan menggunakan nama Quest Pro akan dilancarkan pada Oktober depan.

Nama Quest Pro tertiris selepas ia ditemukan dalam aplikasi Quest sebelum ini. Quest Pro akan mempunyai kemampuan menjejak mata, mulut dan wajah pengguna menurut Joe Rogan yang sempat mencubanya lebih awal. Ini diharap akan membolehkan interaksi dalam metemesta yang lebih realistik dan semula jadi antara pengguna kelak.
Selepas Quest Pro sebuah lagi set kepala AR akan dilancarkan oleh Meta tetapi ia menyasarkan permainan video.
[sumber] Sumber – UploadVR [/sumber]