Xiaomi akan cuba melancarkan kereta elektrik pertama mereka menjelang 2024. Beberapa pengumuman yang telah dilakukan sebelum ini mengesahkan projek pembangunannya serta sistem swapandu sedang berjalan lancar. Terkini menurut laporan Bloomberg, Xiaomi akan bekerjasama dengan syarikat kereta BAIC untuk mengilangkan kereta pertama mereka.
Xiaomi memerlukan kepakaran BAIC kerana ini ialah industri yang asing buat mereka. Oleh itu Xiaomi dipercayai akan melabur ke dalam kilang Beijing Hyundai No 2 yang dibuka oleh BAIC dan Hyundai pada tahun 2008.
BAIC memerlukan pelaburan kerana kilang sudah agak berusia dan perlu diubah kepada pengeluaran kenderaan elektrik. Sejak dibuka 14 tahun lalu, penggunaan lantai kilang adalah di bawah kapasiti dan Xiaomi dapat membantu untuk menyelesaikan dua masalah BAIC serentak.