Cari @ Amanz

Poco Malaysia melalui laman Facebook kini menjadualkan pengenalan dua telefon pintar baharu pada 5 September 2022 kelak, iaitu Poco M5s dan juga Poco M5.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Poco M5 dijangka dilengkapi dengan cip MediaTek Helio G99 berasaskan 6nm. Variasi Poco M5s juga mungkin menawarkan cip dengan spesifikasi yang tidak jauh berbeza.

Kedua-dua model ini dijangka hadir dengan penawaran berspesifikasi pertengahan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 5 September ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Poco melalui dua model baharu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd