Cari @ Amanz

Ciri Twitter Circle telah diuji sejak bulan Mei secara rawak kepada pengguna aplikasi Android dan iOS. Tetapi hari ini ia diberikan kepada semua pengguna di platform Android, iOS dan juga laman web di peringkat global.

Dengan Circle, pengguna boleh mewujudkan kumpulan kecil pilihan peribadi sehingga 150 anggota. Apabila ciapan dihantar menggunakan ciri ini, hanya 150 ahli kumpulan ini sahaja boleh melihatnya di susur masa mereka. Dengan ini perbincangan dalam kumpulan yang lebih kecil boleh dilakukan tanpa isu pengguna lain mencelah. Untuk mencuba ciri ini sila lancarkan semula aplikasi Twitter pada aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd