Cari @ Amanz

Sony telah mula menawarkan model baharu untuk konsol PlayStation 5 dengan ia terlebih dahulu dipasarkan di Australia. Konsol dengan nombor model CFI-1202B (versi digital) dan CFI-1202A (versi dengan pemacu BD) juga hadir dengan rekaan kotak yang berbeza.

u

Selain itu perubahan yang dilakukan ialah konsol edisi digital adalah 200 gram lebih ringan berbanding model 2021 dan edisi pemandu BD pula kini 300 gram lebih ringan berbanding model 2021.

Ini ialah perubahan kali kedua dilakukan oleh Sony sejak konsol dilancarkan dengan setiap iterasi lebih ringan berbanding konsol terdahulu. Masih belum diketahui apakah perubahan yang dilakukan kali ini tetapi pada model sebelum ini sinki haba telah diubah. Sungguhpun lebih ringan harga jualan konsol ini telahpun dinaikkan di beberapa negara dengan di Malaysia ia meningkat RM200.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd