Snap Dilaporkan Akan Membuang 20% Tenaga Kerja
Effi Saharudin
Snap dilaporkan akan membuang 20% tenaga kerja mereka menurut laporan The Verge. Syarikat yang mempunyai 6400 pekerja pada waktu ini akan memulakan proses pengurangan tenaga kerja bermula esok.

Antara bahagian perniagaan yang akan terjejas ialah bahagian pembangunan perkakasan, pembangunan aplikasi mini dalam aplikasi dan juga pemetaan. Hanya beberapa minggu lalu Snap menghentikan pembangunan dron kamera Pixy kurang empat bulan sejak dilancarkan kerana kurang mendapat sambutan.
Snap yang suatu ketika dahulu adalah antara platform media sosial paling popular dunia mula terjejas selepas ciri seperti Stories mula ditawarkan pada platform pesaing seperti Facebook. Nilai saham juga terjejas terus,
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.