Arm memfailkan saman ke atas Qualcomm dan anak syarikatnya Nuvia hari ini kerana didakwa melanggar terma pelesenan teknologi serta harta intelek yang dipegang oleh mereka. Lesen menggunakan teknologi ARM oleh Nuvia tamat pada Mac 2022. Qualcomm kemudiannya dikatakan cuma memindahkan lesen yang dipegang mereka untuk digunakan oleh Nuvia yang melanggar terma dan syarat.
Tambah Arm rekaan cip yang dihasilkan menerusi kerjasama Nuvia dan Arm sebelum syarikat diambil oleh Qualcomm perlu dimusnahkan kerana ia tidak boleh dikongsi tanpa kebenaran.Bagi mempertahankan harta intelek milik mereka, Arm memfailkan saman ke atas kedua-dua syarikat.