Carian
DALL.E Memperkenalkan Ciri Outpainting Untuk Menghasilkan Imej Bersaiz Lebih Besar
September 2, 2022 Effi Saharudin

Penghujung Julai lalu OpenAI menawarkan akses Beta kepada DALL.E yang merupakan kecerdasan buatan yang bole menjana gambar yang realistik berdasarkan input teks yang dimasukkan oleh pengguna. Kesemua 9 gambar yang dijana kemudiannya bebas digunakan untuk tujuan komersial tetapi isunya adalah kesemuanya juga menggunakan nisbah 1:1.

Ini menyebabkannya tidak sesuai digunakan dalam artikel dan perlu dipotong terlebih dahulu jika ingin digunakan sebagai muka depan majalah misalnya. Minggu ini ciri Outpainting diperkenalkan pula oleh OpenAI yang membolehkan pengguna menjana imej bersaiz lebih besar dalam nisbah yang ditetapkan sendiri oleh mereka.

DALL.E akan terus menjana imej baharu yang bersambung dengan gambar asal yang dijanakan dan pengguna mempunyai kuasa mengawal apa yang dijana seperti mengarahkannya untuk menghasilkan imej lain yang lebih sesuai. Pada waktu ini ciri Outpainting hanya boleh diakses dari pelayar web dan mereka yang berminat harus menunggu untuk mendapat akses kerana ia masih lagi terhad.

Komen