Qualcomm Dan Meta Bekerjasama Menghasilkan Cip Untuk Meta Quest
Effi Saharudin
Qualcomm dan Meta menandatangani perjanjian multi-tahun untuk bekerjasama membangunkan cip pemproses untuk set kepala Meta Quest. Menerusi perjanjian ini, pasukan kejuruteraan kedua-dua syarikat akan bekerjasama lebih rapat untuk membangunkan cip Snapdragon XR yang direka khusus untuk set kepala realiti maya dan realiti terimbuh.

Set kepala Quest 2 sebelum ini memang menggunakan cip Snapdragon XR2 keluaran Qualcomm tetapi tanpa input terus dari Meta. Dengan kerjasama ini, cip yang akan memenuhi keperluan sebenar peranti realiti terimbuh bagi menyelami dunia metamesta akan dapat dihasilkan.
Walaupun cip menerima input daripada Meta, ia masih akan dipasarkan kepada pengeluar lain yang ingin menggunakannya.
[sumber] Sumber – Qualcomm [/sumber]