Mesin Ciptaan MIT Di Marikh Menjana Oksigen Setanding Sebatang Pokok Kecil

Diterbitkan pada Sep 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam misi perayau Perseverance di planet Marikh Februari yang lalu, Mars Oxygen In-Situ Resource Utilization Experiment (MOXIE) adalah antara mesin yang dibawa sekali. Mesin ciptaan MIT ini boleh menjana oksigen menggunakan atmosfera Marikh. Selepas lebih setahun menjalankan eksperimen, MIT kini berkata MOXIE kini mampu menghasilkan jumlah oksigen yang sama seperti sebuah pokok kecil.

Walaupun sudah berada di Marikh, eksperimen hanya berjaya dilakukan sekitar 7 kali keperluan menjalankan sistem Perseverance dan eksperimen lain. Tetapi data menunjukkan MOXIE menghasilkan 6 gram oksigen sejam yang berpadanan dengan sebuah pokok kecil di bumi. MOXIE juga boleh menjana oksigen dalam pelbagai cuaca dan juga pada waktu malam.

Dalam ujian pertama MOXIE menghasilkan 5.4 gram oksigen setiap jam dengan memproses karbon dioksida dari udara Marikh. Ini adalah bersamaan dengan bekalan yang diperlukan seorang angkasawan selama 10 minit.

Dengan kejayaan ini, pasukan penyelidikan akan membangunkan MOXIE pada skala besar bagi membolehkan ia menjadi mesin menjana oksigen untuk angkaswan yang tiba di Marikh kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami