Pihak tetera Amerika Syarikat mula menerima 5000 set kepala AR Integrated Visual Augmentation System (IVAS) yang boleh digunakan oleh askar infantri di medan perang. IVAS menggunakan teknologi Microsoft HoloLens untuk memaparkan pelbagai maklumat kepada pemakai semasa di lapangan.
Penghantaran IVAS untuk kegunaan tentera telah ditangguhkan sebelum ini selepas muncul isu mengenai ketahanannya digunakan. Selepas dibaiki ia kini akan diuji dengan lebih mendalam di lapangan. Selain memaparkan maklumat pemetaan, lokasi musuh, lokasi aset dan sistem komunikasi, IVAS juga boleh digunakan ketika sesi latihan. Musuh maya boleh dipaparkan pada IVS untuk menghasilkan senario latihan yang lebih realistik.
Sebanyak 121,000 telah dipesan oleh pihak tentera untuk diperkenalkan kepada anggota infantri dalam tempoh sedekad. Ini bukan satu-satunya projek teknologi canggih yang diperkenalkan. Tentera A.S juga menguji penggunaan eksorangka PowerWalk mengurangkan beban, sistem skop raifal untuk menembak tepat, dan bateri yang dipakai pada tubuh untuk membekalkan kuasa kepada peranti yang dibawa.