Poco M5 dan Poco M5s baru sahaja dilancarkan secara global sebentar tadi. Dalam masa sama, harga jualan untuk pasaran Malaysia turut terlah dikongsikan. Bagi yang berminat, Poco M5 dijual pada harga bermula RM649 (4GB/64GB) dan RM799 (6GB/128GB). Sementara itu, Poco M5s pula berharga RM699 (4GB/64GB) dan RM849 (6GB/128GB).
Kedua-dua peranti ini bagaimanapun boleh dibeli pada harga lebih rendah untuk masa terhad. Di mana, Poco M5 boleh didapati serendah RM599 (4GB/64GB) dan RM699 (6GB/128GB). Kemudian, Poco M5s pula ditawarkan serendah RM659 (4GB/64GB) dan RM849 (6GB/128GB).
Poco M5 dilengkapi skrin sebesar 6.58-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G99 turut digunakan dengan padanan memori sehingga 6GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman mencapai 128GB (UFS 2.2) dan teknologi Game Turbo 5.0. Kapasiti bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W. Turut disertakan adalah sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman) dan kamera hadapan 5MP.
Poco M5s pula didatangkan dengan skrin AMOLED bersaiz 6.43-inci dan kadar segar semula standard 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G95, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman mencapai 128GB dan bateri 5,000mAh. Turut disertakan adalah kuad-kamera di belakang dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 13MP. Dalam masa sama, kamera Poco M5s turut disertakan kebolehan merakam video mencapai 4K.