Cari @ Amanz

Kepekatan karbon dioksida di atmosfera bumi mencapai tahap tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah dua tahun lalu dan ia terus meningkat disebabkan oleh aktiviti manusia. Ini menjurus kepada perubahan iklim yang dapat kita lihat dengan jelas hari demi hari. Antara penyelesaian yang dilakukan ialah membina sistem menangkap dan storan karbon (CCS) yang juga cuba dilakukan oleh Petronas di rantau Asia Tenggara.

Sumber : Petronas

Tetapi menurut laporan oleh Institute for Energy Economics and Financial Analysis (IEEFA) dari Australia, majoriti projek CCS yang sudah beroperasi didapati tidak mencapai sasaran. Data adalah dari 13 projek CCS yang menangkap 55% CO2 dunia. Projek CCS ExxonMobil di Wyoming misalnya menangkap 64% CO2 daripada sasaran asal. Sementara itu tangkapan CO2 oleh projek CCS Chevron di Australia adalah 50% kurang daripada sasaran asal sejak beroperasi lima tahun lalu.

Hanya projek CCS Sleipner and Snøhvit di Norway mencapai sasaran kerana undang-undang negara tersebut yang lebih ketat. Laporan tidak mengatakan projek CCS adalah gagal tetapi sekadar mengesahkan bahawa ia bukan penyelesaian terbaik untuk isu CO2 yang meningkat. Pengurangannya dengan menggunakan kenderaan elektrik dan mengawal emisi dari industri masih langkah yang lebih baik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd