Carian
Acara Meta Connect Akan Berlangsung Pada 11 Oktober
September 7, 2022 Effi Saharudin

Acara Meta Connect tahun in akan berlangsung pada 11 Oktober hadapan. Pada acara ini visi metamesta Mark Zuckerberg dan juga set kepala Meta Quest Pro mungkin akan dilancarkan secara rasmi.

Ia akan berlangsung secara maya selama satu hari sahaja. Acara yang sudah memasuki tahun ke lapan menjadi platform Meta menujukkan apakah yang akan diperkenalkan kepada umum kelak menerusi set kepala realiti maya dan kelak realiti terimbuh mereka. Apa yang bakal diumumkan pastinya menarik kerana Apple juga dipercayai akan berkongsi mengenai set kepala Reality mereka dalam acara mereka 8 September ini.

Komen