Cari @ Amanz

Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam bawah RM80,000 untuk 1 Bitcoin. Ketika artikel ditulis nilai Bitcoin adalah sekitar RM79,180. Penurunan mendadak sekitar 11% ini memburukkan lagi nilai Bitcoin yang menujukkan trend penurunan. Hanya sekitar sebulan lalu nilai Bitcoin adalah melebihi RM100,000.

Sebab nilai Bitcoin jatuh kali ini masih belum jelas. Tetapi nilainya secara konsisten menurun dengan hanya minggu lalu ia menjunam bawah RM90,000 selepas meningkat untuk seketika yang dilihat sebagai tanpa pemulihan pasaran. Seperti biasa penurunan harga Bitcoin turut menyebabkan mata wang kripto utama lain turut terjejas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd