Cari @ Amanz

Beberapa ura-ura yang didengari mengenai AirPods Pro generasi kedua sebelum ini ialah akhirnya sokongan audio nirhilang Apple Music akan disokong. Tetapi selepas AirPods Pro baharu dilancarkan pagi tadi, spesifikasi TWS mengesahkan ini tidak berlaku.

Cip Apple H2 baharu yang digunakan masih belum mampu menawarkan penstriman audio pada kualiti yang terbaik Apple Music pada AirPods Pro 2 walaupun secara rasmi menyokong Bluetooth 5.3. Ini pastinya mengecewakan kerana setakat ini hanya HomePod dan HomePods Mini sahaja menyokongnya.

Pada platform Android, Qualcomm aptX Lossless telahpun diumumkan tahun lalu. Audio nirhilang kelak boleh dinikmati peranti dan aksesori audio yang menggunakan cip Qualcomm. Turut disahkan ialah pod pengecas baharu dengan lubang lanyard serta speaker terbina masih menggunakan port pengecasan Lightning. Dengan Apple masih enggan menawarkan iPhone 14 dengan port USB-C keputusan ini adalah dijangka tetapi masih mengecewakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd