Carian
Aerodyne Memperlihatkan Keluarga Dron Yang Boleh Membawa Kargo Sehingga 225 Kg Di SAS 2022
September 8, 2022 Effi Saharudin

Di acara Pameran Penerbangan Selangor 2022 yang dilancarkan pagi tadi, Aerodyne memperlihatkan empat dron di bawah siri TL mereka yang boleh membawa kargo sehingga 225 kilogram. Keempat-empat dron ini dibangunkan dengan kerjasama Avidrone Aerospace yang berpangkalan di Kanada.

Dron 740TL ialah dron terbesar dengan konfigurasi dwi-kipas yang mampu membawa 225 kilogram kargo sejauh 725km pada kelajuan maksimum 185 km/j. Ia hadir dengan beberapa konfigurasi yang membolehkan ia membawa kargo barangan dalam palet dan juga manusia bagi tugasan misi perubahan kecemasan.

Dron 210TL pula 16kg kargo juga dengan konfigurasi dwi-kipas. Jarak penerbangan adalah sehingga 105 km dengan kelajuan mencecah 97km/j. Sementara itu dron F8 boleh membawa 4.5kg kargo, jarak operasi sehingga 40km dan kelajuan 64 km/j menerusi konfigurasi lapan kipas.

Akhir sekali ialah dron F4 yang boleh membawa 4.5kg kargo, jarak operasi sehingga 40km dan kelajuan 64 km/j menerusi konfigurasi kuad kipas. F4 mempunyai kemampuan terbang dalam pelbagai cuaca kerana melepasi piawaian IP45.

Komen