Apple hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk mereka, dan pada masa yang sama kini dilihat turut meningkatkan harga jualan iPhone SE 2022 yang telah diperkenalkan awal tahun ini.
Apple iPhone SE 2022 hadir dengan cip Apple A15 Bionic, dijana dengan sokongan rangkaian 5G dan turut mengekalkan penggunaan Touch ID bagi yang meminatinya.

Di Malaysia, ia telah ditawarkan pada harga bermula RM2099 ketika bulan Mac 2022 lepas. Walaubagaimanapun, kini Apple dilihat meningkatkan harga jualannya.
Model asas dengan 64GB kini berharga RM2249 – memperlihatkan peningkatan sebanyak RM150.
Model 128GB dan model 256GB memperlihatkan peningkatan sebanyak RM200 – dimana masing-masing kini berharga RM2499 dan RM2999.