Carian
Asus ROG Phone 6 Batman Edition Tertiris – Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi
September 9, 2022 Amy Maizuraa

Penawaran peranti pintar edisi terhad bertemakan menarik dihasilkan bukanlah perkara asing, sebaliknya sudah menjadi kebiasaan sebilangan pengeluar pada hari ini. Terbaharu, Asus dilihat bakal berbuat hal yang sama apabila tertirisnya beberapa imej untuk Asus ROG Phone 6 Batman Edition.

Ia ditemui menerusi perkongsian terkini 91 Mobiles dengan kemasan tubuh yang keseluruhannya adalah sama seperti model sebelum ini. Bagaimanapun, perubahan kecil telah dibuat untuk kemasan warnanya yang kini serba hitam. Dalam masa sama, panel belakangnya dijangka menggunakan bahan berasaskan kulit bersama beberapa grafik menarik yang turut akan disertakan.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan, namun kita boleh menjangkakan perkakasan dalamannya adalah sama seperti varian standard. Di samping itu, ia turut akan memuatkan antara muka tersesuai, tema, ikon dan beberapa gambar latar yang bertemakan Batman. Sebagai selingan, Asus juga bakal hadir dengan kemas kini baharu untuk ROG Phone 6 pada 19 September ini.

Komen