Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Juga Tidak Lagi Diwajibkan

Diterbitkan pada Sep 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selari dengan keputusan KKM tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup sejak Rabu lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesahkan ia juga tidak lagi diwajibkan di premis sekolah bermula esok di negeri-negeri kumpulan A.

Pemakaiannya masih lagi dibenarkan bagi ibu bapa yang memilih untuk memberikannya kepada anak-anak. Pelajar yang menunjukkan simpton demam, batuk dan selesema masih diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan di kawasan terbuka pula ia adalah digalakkan. Pemakaiannya juga masih diwajibkan ketika pelajar menaiki bas/van sekolah, pengangkutan awam dan perkhidmatan seru pandu.

Dengan Malaysia semakin hampir ke fasa endemik sepenuhnya pelbagai kelonggaran telah diberikan berbanding di awal pandemik. Sungguhpun begitu, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan apabila pergi ke premis hospital serta kesihatan dan juga ketika menaiki pengangkutan awam.

komen


© Amanz / 2022 Kami