Amazon mengumumkan mereka mengambil alih syarikat mekatronik Cloostermans yang berpangkalan di Belgium. Sebelum ini Cloostermans menawarkan sistem mekatronik mereka untuk digunakan oleh Amazon di gudang-gudang penghantaran bungkusan.
Pengambilalihan Cloostermans akan membolehkan Amazon meningkatkan kemampuan robotik mereka dalam masa terdekat serta diharap akan menjadikan kawasan kerja yang lebih selamat kepada kakitangan serta mengurangkan pembaziran bungkusan. Teknologi Cloostermans yang digunakan Amazon sekarang ialah sistem pengangkut dan menyusun palet. Baru-baru ini Amazon memperlihatkan robot Proteus rekaan kendiri yang kini digunakan di gudang-gudanh milik mereka.