Satu ciri iOS yang kami ingin dicuri oleh Android ialah paparan tahap kesihatan bateri. Dengan ciri ini pemilik peranti boleh memeriksa sama ada bateri peranti perlu ditukar ataupun tidak. Pada Android 13 ciri ini akan diberikan kelak dan skrin bagaimana kesihatan bateri akan dipaparkan dikongsi oleh Mishaal Rahman hujung minggu lalu.

Terdapat empat senggatan untuk kesihatan bateri. Apabila ia mencapai senggatan yang paling rendah peranti akan memberikan saranan supaya bateri peranti ditukar untuk mengelakkan is semasa ia beroperasi.
Paparan ini diberikan pada Android 13 QPR1 Beta 1 dan ciri ini mungkin akan hadir dalam kemas kini Android yang seterusnya pada peranti Pixel. Selain Google, hanya Xiaomi yang setakat ini menunjukkan mereka turut akan menawarkan ciri ini secara terbina pada MIUI.
- Sumber
- Sumber – @MishaalRahman