Cari @ Amanz

Asus hari ini memperkenalkan telefon pintar Asus ROG Phone 6D, dan bersama-sama dengannya juga, mereka turut memperkenalkan sebuah telefon edisi khas, iaitu ROG Phone 6 edisi Batman.

Asus ROG Phone 6 edisi Batman ini hadir dalam dua pilihan variasi, iaitu menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 atau pun MediaTek Dimensity 9000+. Kedua-duanya hadir dengan memori 12GB RAM, selain storan 256GB.

Ia turut menyertakan sejumlah ciri-ciri seperti ROG Phone 6 sebelum ini, selain turut menyertakan sejumlah kandungan terbina seperti gambar latar, animasi pengecasan, dan juga sejumlah grafik dan tona berasaskan Batman.

Tidak hanya dengan itu, kotak pembelian turut hadir dengan sebuah kotak khusus, lamput pemancar logo Batman, selain pengeluar bahagian SIM dengan logo Batman.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada model ini akan memasuki pasaran Malaysia atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd