Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan DALL-E membolehkan imej dihasilkan dengan menggunakan input teks sahaja. Pada awalnya OpenAI yang membangunkan DALL-E menghalang pengguna dari memuat naik imej sendiri, individu terkemuka atau selebriti bagi mengelakkan manipulasi yang boleh menjatuhkan imej individu tersebut.

Tetapi menerusi laporan TechCrunch, OpenAI menghantar emel kepada pelanggan bahawa mereka kini membenarkan pelanggan untuk memuat naik gambar manusia sebenar dan selebriti. Kebenaran diberikan selepas mereka meletakkan beberapa langkah keselamatan bagi mengelakkan gambar disalah guna selepas imej dihasilkan. Satu lagi langkah keselamatan ialah tidak membenarkan imej dimuat naik tanpa kebenaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd