OnePlus Nord Watch Bakal Dilengkapi Dengan Skrin AMOLED

Diterbitkan pada Sep 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kewujudan OnePlus Nord Watch sedia diacah menerusi perkongsian sebelum ini. Kini satu demi satu spesifikasi padanya telah mula didedahkan bermula dengan jenis skrin yang akan digunakan pada jam tangan ini. Ianya adalah sejenis AMOLED sebesar 1.78-inci dengan rekaan muka jam berbentuk segi empat.

Bersama-sama dengannya, ia menyokong resolusi 368 x 448 piksel yang digabungkan dengan kecerahan puncak mencapai 500 nits. Dalam masa sama, Nord Watch juga diiklankan boleh digunakan dengan baik di bawah cahaya matahari terang. Turut disertakan adalah satu butang fizikal pada sisi kanan yang mungkin berfungsi untuk kawalan sebahagian fungsi utama.

Kemudian, tali jam pula pula kelihatan seakan menggunakan bahan berasaskan silikon bersama cangkuk standard. Ini sahaja maklumat yang dikongsikan setakat ini, sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut termasuklah tarikh pelancaran rasmi untuknya dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami