Telegram Mengurangkan Harga Langganan Telegram Premium Kepada RM13.90 Sebulan

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram telah pun memperkenalkan Telegram Premium pada bulan Jun 2022 lepas, dimana mereka menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan kepada pengguna Telegram, dengan bayaran langganan bulanan sebanyak RM22.90 sebulan.

Pada harganya, ia boleh dikatakan agak mahal untuk pengguna – terutamanya jikalau bukan pengguna tegar dan menggunakan semua fungsi Telegram.

Menyedari harga yang agak tinggi, kini Telegram dilihat mengubah harga penawaran Telegram Premium untuk pasaran Malaysia. Melalui semakan kami di Android dan juga iOS, Telegram Premium kini ditawarkan pada harga langganan lebih rendah, iaitu RM13.90 sebulan.

Dengan penurunan harga ini, ia mungkin menarik sejumlah pengguna untuk mencuba ciri-ciri tambahan yang ditawarkan oleh perkhidmatan permesejan tersebut – termasuk kadar muat-turun lebih pantas, perkongsian fail bersaiz lebih besar, akses ke lebih banyak emoji, tiada iklan, dan sebagainya.

Jadi, pada harga langganan baharu ini, adakah anda akan melanggan Telegram Premium?

komen


© Amanz / 2022 Kami