Carian
2K Juga Digodam Dengan Pelanggan Menerima Pautan Ke Perisian Hasad
September 22, 2022 Effi Saharudin

Selain Rockstar Games, syarikat penerbit permainan video 2K juga menjadi mangsa penggodam minggu ini. Mereka mengesahkan sistem bantuan pelanggan mereka telah digodam dan kemudian menghantar emel kepada pelanggan dengan pautan ke perisian hasad.

Sejurus selepas pencerobohan dikesan, 2K menyahaktifkan sistem bantuan pelanggan untuk memastikan ia tidak terus digunakan oleh penggodam. Pelanggan yang menerima emel daripada 2K diminta supaya jangan membuka atau menekan pautan yang disertakan. J

ika ini telah berlaku pelanggan disarankan untuk memadam kesemua kata laluan yang disimpan pada pelayar web. Sistem pengesahan identiti dua faktor juga digalakkan untuk diaktifkan. Selepas itu gunakan aplikasi mengesan aplikasi hasad pada komputer.

Komen