Imej Rasmi Vivo X Fold+ Diperlihatkan Kepada Umum

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo X Fold+ akan dilancarkan pada 26 September hadapan. Peranti skrin boleh-lipat ini adalah model kemas kini kepada X Fold yang dilancarkan pada April lalu. Dengan pelancaran semakin hampir, Vivo berkongsi sendiri imej rasmi peranti dalam tiga pilihan warna.

Ia akan ditawarkan dalam warna hitam, biru dan merah. Versi merah hadir dengan kemasan kulit vegan yang diberikan nama Huxia Red. Dari segi rekaan ia masih sama dengan X Fold asal. Perubahan dipercayai terletak pada pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 yang lebih berkuasa. Masih diketahui sama ada peranti ini dijual ke pasaran global keran X Fold asal hanya dijual di China.

komen


© Amanz / 2022 Kami