Vivo X80 Lite Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 900 Dan Kamera 64MP

Diterbitkan pada Sep 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo X80 Lite telah diperkenalkan sebagai model kemaskini buat siri berkenaan. Ia menggunakan kemasan yang menyerupai sebuah Vivo Y35 dan V25 dengan rekaan modul kamera utama berbentuk segi empat dan panel hadapan bertakuk kecil. Turut disertakan adalah dua pilihan warna peranti yang terdiri dengan Diamond Black dan Sunrise Gold.

Untuk spesifikasi, Vivo X80 Lite menggunakan skrin sebesar 6.44-inci AMOLED beresolusi 2404 Ă— 1080 (FHD+). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 44W.

Kamera utama terdiri dengan 64MP (utama) + 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.2, port USB-C, pengimbas cap jari di skrin, menjalankan Funtouch OS11 dan bicu audio 3.5mm.

Harga jualannya adalah CZK 10,999 (~RM2,005) tetapi tiada maklumat lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan yang diketahui setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami