Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan seperti DALL.E dan Midjourney cukup berkuasa untuk menjana imej hanya berdasarkan teks yang diberikan oleh pengguna. Pelbagai imej yang selama ini memerlukan kepakaran pelukis boleh dijana dengan pantas. Ini membuka beberapa persoalan moral mengenai hak intelek dan apakah erti seni jika ia tidak dihasilkan oleh seorang manusia.

Getty Images minggu ini mengumumkan mereka tidak akan membenarkan imej yang dijana oleh kecerdasan buatan dari dimuat naik atau dijual menerusi laman mereka. Ini adalah kerana mereka tidak mahu berhadapan dengan isu pemilik harta intelek imej yang dihasilkan.

Sudah berlaku beberapa isu imej dihasilkan oleh kecerdasan buatan yang meniru gaya lukisan artis terkemuka. Kerana ia dilatih menggunakan imej artis sebenar, adakah harta intelek imej yang dijana sepatutnya diberikan kepada artis asal?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd