Donald Trump Mungkin Dibenarkan Kembali Ke Facebook Dan Instagram Pada Januari 2023

Diterbitkan pada Sep 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akaun Facebook dan Instagram Donald Trump digantung pada Januari 2021 selepas digunakan untuk menghasut pengikut menyerang bangunan Capitol. Penggunaan akaun untuk tujuan merusuh melanggar terma dan syarat Meta pada waktu tersebut. Dalam temuramah dengan Semafor, Nick Clegg yang merupakan presiden urusan global mengatakan Trump mungkin akan dibenarkan kembali ke platform pada Januari 2023.

Penggantungan kedua-dua akaun beliau akan berakhir pada Januari 2023. Oleh itu Meta akan terlebih dahulu mengambil pendapat pakar untuk mempertimbangkan pro dan kontra membenarkan Trump kembali.

Sebelum digantung beliau mempunyai lebih 35 juta pengikut di Facebook dan 23.3 juta pengikut di Instagram. Walaupun beliau kini mempunyai platform media sosial peribadi Truth Social, jumlah pengikut Trump laman ini hanya sekitar 4 juta sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami