iPhone 15 Ultra Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max Pada 2023, Dilengkapi USB-C

Diterbitkan pada Sep 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada tahun ini sedia mencuri perhatian ramai melalui model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max – dengan penyertaan Dynamic Island. Dengan kejayaannya, kini desas-desus berkenaan siri iPhone akan datang sudah mula kendengaran.

Mengikut perkongsian Bloomberg, ia dikatakan siri paling berkuasa iPhone 15 akan dinamakan dengan nama iPhone 15 Ultra – menggantikan penggunaan nama iPhone 15 Pro Max.

Apple juga dijangka akan mengemaskini rekaan iPhone pada tahun 2023 kelak, serta mengubah penggunaan port pengecasan kepada USB-C.

Penamaan ini juga mungkin selari dengan penggunaan jenama pada jam tangan pintar mereka yang terbaru, iaitu Apple Watch Ultra.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan Apple dan iPhone generasi baharu pada 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami