Carian
TikTok Hampir Mendapat Persetujuan Dengan Kerajaan A.S Bagi Mengelakkan Ia Dijual
September 27, 2022 Effi Saharudin

Semasa di penghujung pentadbiran Presiden Donald Trump, perniagaan TikTok di Amerika Syarikat hampir dijual bagi memenuhi keperluan sekuriti negara sekiranya ingin meneruskan operasi. Oracle dan Walmart muncul sebagai syarikat yang akan menjadi pembeli perniagaan TikTok tetapi inisiatif ini terhenti selepas Biden memenangi pilihanraya.

Tetapi menurut laporan Reuters, TikTok kini hampir mendapat persetujuan dengan kerajaan Amerika Syarikat yang akan membolehkan ia meneruskan operasi tanpa perniagaan dijual seperti arahan asal. Menurut sumber dalaman perubahan dalam sekuriti data pengguna dan pengawasannya akan diubah mengikut kehendak Amerika Syarikat dengan Bytedance akan terus memegang operasi syarikat.

Jun lalu data pengguna dari Amerika Syarikat telah dipindahkan ke pelayar milik Oracle. Ini dilihat sebagai usaha Bytedance untuk menghilangkan kerisauan data pengguna dikongsi dengan China seperti yang didakwa sebelum ini.

Komen