Carian
Nothing Ear (Stick) Dilaporkan Mempunyai Bateri Lebih Kecil Berbanding Ear (1)
September 27, 2022 Fahim Zahar

Nothing Ear (stick) sudah pun diacah secara rasmi, ia dilihat menggunakan bekas pengecasan berbentuk silinder yang dikatakan inspirasi daripada alat solek. Ear (stick) dilihat masih menggunakan elemen rekaan lutsinar yang sama dengan sebelum dengan dikatakan turut mengambil antaramuka Glyph sebagai inspirasi.

Terkini dalam senarai FCC, Ear (stick) dikatakan akan menggunakan bateri yang lebih kecil iaitu 350mAh untuk bekas pengecas berbanding 570mAh pada Ear (1). Tetapi pada setiap fon telinga, Ear (stick) akan menggunakan bateri yang sedikit lebih besar iaitu 36mAh berbanding 31mAh.

Rekaan fon telinga yang tertiris sebelum ini memperlihatkan tiada perubahan, kecuali pada butiran seperti mempunyai dua titik putih banding satu dan tulisan ear 1 (stick). Ini membawa spekulasi kepada spesifikasi pemacu audio yang masih sama dan akan menyokong aplikasi yang masih sama.

TWS ini sudah pun tersenarai di SIRIM sejak Julai lalu. Tetapi masih tiada informasi mengenai bila ia akan dilancarkan dan apakah harga jualannya. Sama-sama kita nantikan.

Komen