DALL.E Kini Boleh Digunakan Oleh Semua Tanpa Waktu Menunggu

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. oleh .

Kecerdasan buatan DALL.E kini boleh digunakan oleh semua secara terbuka tanpa perlu menerusi masa menunggu. Mereka yang berminat menggunakan DALL.E hanya perlu mendaftarkan akaun dengan nombor telefon sebagai pengesahan identiti dan kemudiannya menjana imej secara terus.

Dengan setiap pendaftaran, pengguna menerima 50 kredit percuma untuk bulan pertama dan 15 kredit percuma setiap bulan selepasnya. Sebanyak empat gambar akan dijana oleh DALL.E untuk setiap kredit atau 3 gambar sahaja jika input teks disunting.

Sekiranya kredit ini dirasakan tidak mencukupi, OpenAI menjual 460 kredit pada harga $15. Setiap imej yang dijana oleh DALL.E adalah milik pengguna yang memberikan mereka hak untuk mengkomersialkannya.

komen


© Amanz / 2023 Kami