Samsung Galaxy A04s Kini Di Malaysia – Berharga RM679

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy A04s telah dilancarkan sebelum ini dengan beberapa ciri utama seperti kamera 50MP dan bateri 5000mAh. Bagi yang berminat, ia telah mula ditawarkan di Malaysia pada RM679 (4GB/64GB) dengan pilihan warna seperti Copper, Black dan Green. Turut kelihatan terdapatnya variasi storan dalaman 128GB, namun tiada pula harga jualan yang dinyatakan setakat ini.

Samsung Galaxy A04s dilengkapi skrin 6.5-inci HD+ (720 x 1600 piksel) PLS LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia dipadankan dengan cip lapan teras, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 5000mAh. Konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) + 2MP(f/2.4) dan kamera swafoto 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuk port USB-C, bicu audio, bluetooth 5.0 dan pengimbas cap jari sisi.

komen


© Amanz / 2022 Kami