Cari @ Amanz

CIMB hari ini berkongsi beberapa perkembangan, termasuk menyatakan bakal menamatkan penggunaan SMS TAC. Selain daripadanya, untuk meningkatkan lagi keselamatan dikalangan pengguna, CIMB menyatakan mereka bakal menghentikan penyertaan URL pada SMS yang dihantar kepada pelanggan.

Langkah ini dijangka akan dilaksanakan seawal penghujung 2022 ini.

Dengan ini juga, ia akan mengelak pengguna daripada klik pada pautan-pautan yang berbahaya daripada pihak ketiga yang sering berpura-pura seperti pihak perbankan – dan kemudian mencuri maklumat pengguna.

CIMB mungkin akan melakukan promosi dan hebahan berkaitan perkara ini apabila ia dilaksanakan kelak – sekaligus mengelak pengguna menjadi mangsa kepada scam yang salah guna nama perbankan dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd