CIMB Akan Berhijrah Sepenuhnya Dari Sistem SMS OTP Ke SecureTAC Pada Separuh Pertama 2023

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad hari ni mengumumkan mereka akan berhijrah sepenuhnya ke sistem pengesahan transaksi SecureTAC menggantikan sistem SMS OTP menjelang separuh tahun pertama 2023. Ini adalah bagi mengikuti gesaan Bank Negara Malaysia yang ingin bank berhenti menggunakan sistem SMS OTP yang menjadi titik kelemahan pelbagai kes scam perbankan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Menurut CIMB, sistem SecureTAC sudahpun diberikan kepada pengguna sejak 2018 menerusi aplikasi CIMB Clicks bagi aktiviti pemindahan dana, pembayaran, dan perubahan tetapan aplikasi serta akaun. SMS OTC hanya digunakan sebagai pilihan kedua untuk pelanggan yang tidak menggunakan aplikasi CIMB Clicks dan transaksi FPX.

CIMB kini menyarankan pelanggan untuk memuat turun aplikasi Clicks untuk meningkatkan keselamatan ketika melakukan transaksi perbankan mereka. Dengan ini CIMB menjadi bank kedua selepas Maybank yang juga tidak akan lagi menggunakan sistem SMS OTP.

komen


© Amanz / 2022 Kami